Monday, 22 December 2014

makanan kesukaan bayi / baby anda

Hello mommies,

Selepas 4 bulan memperkenalkan solid food dekat syameena mama sedikit-sedikit dpt mengenalpasti makan kesukaan baby ni.

1) Bubur + ikan bilis (goreng tnpa minyak + blend): syameena suka sbb ada rs masin2. kita org tua pun suka kalau makan

2) nasi ayam + sup : suka sbb ada rasa butter dan ayam

3) cheese: rasa lemak2 dan rasa mcm susu. sesuai untuk bayi yg underweight 


Semoga ia dpt membantu menambahkan selera makan si comel :D 

pampers yg terbaik buat bayi anda dan langkah penjimatan

Hello mommies,

Mesti ramai mommies yang risau sgt nak pakaikan pamper apa yg bersesuaian dengan bayi anda. Untuk syameena mama dah try HUGGIES, DRYPERS, MAMY POKO & PETPET.

Alhamdulillah syameena tak alergic untuk memakai ke 4-4 brand.

1) mudah tercabut Strip: Huggies
2) mudah bocor: Huggies and petpet
3) Tebal dah tak bocor : mamy poko
4) Lembut dan kurang nak bocor: Drypers


Untuk mengurangkan kos, mama akan menggunakan 2 jenis pampers:-

1) drypers: waktu dirumah

2) Mamy poko: waktu malam dan waktu keluar


So xadalah spend byk sgt utk pampers. rugi if ddk rumah pki petpet sbb harganya agak mahal.

Selamat memilih semua :D

resepi simple nasi ayam untuk bayi 10 bulan

Hi mommies,

Last Sunday mama nak masak best-best untuk syameena sempena ulang tahun perkahwinan kami. So, mama decide nak masak nasi ayam simple untuk syameena.

Bahan-bahan: Beras, Bawang Putih, Bawang Merah, Unsalted butter, ayam, daun sup

Cara-Cara:-
1) Pati ayam: Rebuskan ayam untuk mendapatkan pati perisa ayam
2) Potong 3 ulas bawang putih dan seulas bawang merah dan tumbuk
3) Cuci beras dah asingkan
4) Tumis bawang putih dan bawang merah bersama unsalted butter (separuh/1 ketul)
5) Masukkan beras yg telah diasingkan tadi dah gaul bersama hasil tumisan bagi mesra.
6) masukkan air rebusan ayam
7) masukkan daun sup ke dalam lebihan rebusan ayam.

Syameena suka sangat makan nasi ayam simple mama dia buat.mommies2 boleh try untuk menambahkan selera baby.

p/s: no photos sbb hp low batt.

Selamat mencuba :D

Thursday, 20 November 2014

baby growth

Hi mommies,

Dulu syameena check up kat hospital X tapi doctor tak pernah tanya tentang perkembangan baby. tak ada tanya syameena dah pandai buat apa. Check up dari lahir sampai lah 6 bulan. 

Alhamdulillah now mama dah jumpa doctor yg bagus wpun mahal jugak consultation fee dia. its okay as long as she advice me accordingly. buku injection syameena pun siap ada developmental milestones from 3 months up to 3 years old.

Ada certain org tak nak share info sbb bayar mahal2 share kat sume org tapi mama berbaik hati nak tunjuk kat semua sebagai rujukan :p


start with mash food instead of blended food

Hi mommies,

Mesti mommies nak tau bila boleh start makan solid food tanpa blend. jawapan dia bila baby dah mencapai ke usia 9 bulan. :) masa ni nak ajar dia mengunyah bagi menguatkan jaw baby.

Menu-menu baby 9 bulan:

1) bubur campur: mash
2) pasta
3) mee
4) cheese
etc etc

Mama mmg dah lama teringin nak bg syameena mamam pasta. so, mama memperkenalkan cheezy macaroni bolognese for my lil one.

Bahan-bahan:-
Bawang putih, bawang merah, organiz macaroni, cheese, tomato, daging kisar (baru tau xelok for baby.lepas ni beli dgg fresh n cincang sendiri), unsalt butter

Cara-Cara:
1) rebuskan macaroni bersama sedikit unslat butter (bagi tak melekat)
2) sementara itu, tandakan ex pada belakang tomato (untuk mengasingkan kulit dan isi) dan rebus
3) apabila kelihatan kulit tomato sudah mula tertanggal, keluarkan tomato dan asingkan isi, biji dan kulit
4) blendkan tomato bersama bawang putih dan merah
5) tumis bahan yg telah di blend mengunakan unsalt butter
6) rebus daging cincang
7) masukkan bahan yg ditumis bersama rebusan daging cincang.
8) masukkan cheese dan mommies boleh masukkan susu EBM juga.
9) done~bolehlah letak sos bersama macaroni yg telah siap direbus. mmg delicious wpun nampak tak sedap dan cair .papa dia pun makan sesama. 



Since syameena 1st time makan makanan tanpa blend, so mama buat sos cair. if mommies nak buat pekat boleh. hanya asingkan daging cincang dari rebusan dan masukkan bersama bahan2 yg ditumis.

Selamat mencuba :) 

Saturday, 25 October 2014

Rusk for baby

hello mommies,

Semalam petang mama tak rajin nak masak untuk syameena. So mama decide nak suruh syameena try rusk tapi actually cari brand heinz tapi tak ada. try la rusk brand milna.

Rusk juga dapat membantu pertumbuhan gigi. Since syameena masih belom ada gigi mama nak try la.

Cara membuat senang ambil 2 keping rusk dicampurkan dengan susu/hot water secukupnya.

Unfortunately, syameena tak suka. rupanya bila mama rasa manis to the max! mama dan syameena memang tak suka manis. adoi, bagi papa la makan smpai habis jawabnya :p


bubur kentang + ikan tenggiri

Salam mommies,

New menu for sunday! 

Bahan-Bahan:- beras + kentang + ikan tenggiri + halia


Cara-Cara:


1) buang kulit halia + ketuk


2) rebuskan ikan tenggiri bersama halia (untuk m'hilangkan rasa hanyir ikan)

3) Sementara itu buang kulit kentang dan dipotong (xkisah besar mana)


4) masak bubur bersama-sama kentang yg telah dipotong


5) Asingkan tulang & isi ikan


6) blendkan isi ikan bersama2 bubur kentang




tak ambil gambar bahan-bahan sebab now ada kat rumah mil :p segan pula nak snap

Ok selamat mencuba