Thursday, 2 April 2015

AUCKLAND - NORTH ISLAND 2015

Hi mommies..

March 16 hari tue kami berempat terbang ke akl (north island) menggunakn perkhidmatan malaysia airlines. alhamdulillah selesa wpun perjalanan almost 10hours. Mesti ramai nak tau 10jam perjalanan dgn carry baby mcm mana kan? Xcually masa book flight boleh request seat yg boleh letak bassinet seperti dibawah. tak perlu nak beriba selama 10jam. kesian baby kang lenguh dia nanti. masa ni syameena dah setahun sebulan dan berat 8.5kg.heeee


ni nama dia bassinet boleh digunakan smpi baby mencecah 15kg 

Perjalanan kami bermula pada jam 10malam dan tiba di sana pada jam 1.45petang (masa akl) keesokkan harinya. Waktu disana cepat 5jam ye. mmg cantiklah waktu perjalanan malaysia airlines. sebab masa dlm flight mmg waktu malam.confirm2 syameena tdo nyenyak.heee.

Syameena nak dah mamam solid food. So, negara org mmg payah nak dpt HALAL food. So, mama bawak lah bekalan utk syameena. Bawak beras, garam, ikan bilis dan periuk nasi. Kalau nak tau NZ mmg strict sgt2. tak semua barang boleh masuk dalam negara dia. Semua food and medicine kena declare. Sebelum pergi mama dah google2.

Ni list2 barang mama bawak dan declare kat airport sana :- 

1) sardin ayam brand
2) sambal ikan bilis adabi (seyes kalau travel boleh bawak sbb sodap)
3) curry ayam adabi
4) kacang merah ayam brand
5) maggi pack and cup
6) bubur pack and cup
7) beras jasmeen (pack kecik2)

Memula nak bawak milo bila google apa2 barangan tenusu dan koko dilarang dibawa masuk di NZ. So, tak jadilah bawak. If nak bawak susu formula baby. Bawak yang berkotak dan tak buka lagi ye. Jangan lupa declare.

Okay la boleh tengok gambar2 kami disana :-

Agrodome: Sheep show :D






Wakil malaysia on the stage :) happy mum


Hello machooo :D

The living thermal village show :D












Huka falls






Ok then nak mamam lunch. tata :D
















Susu enfagrow step 3 and S26

Salam mommies,

Lama tak hapdate blog wpun xada yg follow tp saya tau rmi yg review.heee.

Sejak syameena 1 year mama kena pilih susu baru utk dia.sbb enfalac A+ step smpi 12 months je. nk teruskan ngan enfalac tapi suspicious kenapa step 2 dia dr 6-18months. bukan dr 12months ke? 2 xcually alasan je kan nak try susu lain yg jauh lebih murah :p

1st trial ngan susu enfagrow step 3 original. kenapa mama pilih enfagrow? sbb dia under the same company as enfalac and jauh lebih murah plus ada offer. RM38/box (600gram). murahkan enfagrow step 3 compare ngan enfalac rm140+- (1300gram). Borong sampai 10boxes. Masa minum susu ni syameena kena sembelit yg amat teruk sehingga mama kena keluarkan najis yg keras pndi jari dan amik beberapa hari untuk keluarkan semua najis keras. so lepas ni mmg nak kena cari susu lain.

Dah habis stock enfagrow mama try beli S26 step 2. kenapa beli s26? sbb ada offer and dpt bantal elephant biru :p. borong 3 packets dl. now syameena admitted sbb cirit birit. now kesian dia rashes kat ontot and bunga. hmmmmmmmmmm. dengar org ckp s26 panas ckit. dl xcaya try2 yelah..panas smpi melecet.hmmmmm



So hbs stock mama nak amik balik enfalac tp step 2 @ anmum step 2 je la.

Syameena superb high maintenance sesuai ngan susu2 mahai ja.xpelah demi yg tersayang :D

Monday, 22 December 2014

makanan kesukaan bayi / baby anda

Hello mommies,

Selepas 4 bulan memperkenalkan solid food dekat syameena mama sedikit-sedikit dpt mengenalpasti makan kesukaan baby ni.

1) Bubur + ikan bilis (goreng tnpa minyak + blend): syameena suka sbb ada rs masin2. kita org tua pun suka kalau makan

2) nasi ayam + sup : suka sbb ada rasa butter dan ayam

3) cheese: rasa lemak2 dan rasa mcm susu. sesuai untuk bayi yg underweight 


Semoga ia dpt membantu menambahkan selera makan si comel :D 

pampers yg terbaik buat bayi anda dan langkah penjimatan

Hello mommies,

Mesti ramai mommies yang risau sgt nak pakaikan pamper apa yg bersesuaian dengan bayi anda. Untuk syameena mama dah try HUGGIES, DRYPERS, MAMY POKO & PETPET.

Alhamdulillah syameena tak alergic untuk memakai ke 4-4 brand.

1) mudah tercabut Strip: Huggies
2) mudah bocor: Huggies and petpet
3) Tebal dah tak bocor : mamy poko
4) Lembut dan kurang nak bocor: Drypers


Untuk mengurangkan kos, mama akan menggunakan 2 jenis pampers:-

1) drypers: waktu dirumah

2) Mamy poko: waktu malam dan waktu keluar


So xadalah spend byk sgt utk pampers. rugi if ddk rumah pki petpet sbb harganya agak mahal.

Selamat memilih semua :D

resepi simple nasi ayam untuk bayi 10 bulan

Hi mommies,

Last Sunday mama nak masak best-best untuk syameena sempena ulang tahun perkahwinan kami. So, mama decide nak masak nasi ayam simple untuk syameena.

Bahan-bahan: Beras, Bawang Putih, Bawang Merah, Unsalted butter, ayam, daun sup

Cara-Cara:-
1) Pati ayam: Rebuskan ayam untuk mendapatkan pati perisa ayam
2) Potong 3 ulas bawang putih dan seulas bawang merah dan tumbuk
3) Cuci beras dah asingkan
4) Tumis bawang putih dan bawang merah bersama unsalted butter (separuh/1 ketul)
5) Masukkan beras yg telah diasingkan tadi dah gaul bersama hasil tumisan bagi mesra.
6) masukkan air rebusan ayam
7) masukkan daun sup ke dalam lebihan rebusan ayam.

Syameena suka sangat makan nasi ayam simple mama dia buat.mommies2 boleh try untuk menambahkan selera baby.

p/s: no photos sbb hp low batt.

Selamat mencuba :D

Thursday, 20 November 2014

baby growth

Hi mommies,

Dulu syameena check up kat hospital X tapi doctor tak pernah tanya tentang perkembangan baby. tak ada tanya syameena dah pandai buat apa. Check up dari lahir sampai lah 6 bulan. 

Alhamdulillah now mama dah jumpa doctor yg bagus wpun mahal jugak consultation fee dia. its okay as long as she advice me accordingly. buku injection syameena pun siap ada developmental milestones from 3 months up to 3 years old.

Ada certain org tak nak share info sbb bayar mahal2 share kat sume org tapi mama berbaik hati nak tunjuk kat semua sebagai rujukan :p


start with mash food instead of blended food

Hi mommies,

Mesti mommies nak tau bila boleh start makan solid food tanpa blend. jawapan dia bila baby dah mencapai ke usia 9 bulan. :) masa ni nak ajar dia mengunyah bagi menguatkan jaw baby.

Menu-menu baby 9 bulan:

1) bubur campur: mash
2) pasta
3) mee
4) cheese
etc etc

Mama mmg dah lama teringin nak bg syameena mamam pasta. so, mama memperkenalkan cheezy macaroni bolognese for my lil one.

Bahan-bahan:-
Bawang putih, bawang merah, organiz macaroni, cheese, tomato, daging kisar (baru tau xelok for baby.lepas ni beli dgg fresh n cincang sendiri), unsalt butter

Cara-Cara:
1) rebuskan macaroni bersama sedikit unslat butter (bagi tak melekat)
2) sementara itu, tandakan ex pada belakang tomato (untuk mengasingkan kulit dan isi) dan rebus
3) apabila kelihatan kulit tomato sudah mula tertanggal, keluarkan tomato dan asingkan isi, biji dan kulit
4) blendkan tomato bersama bawang putih dan merah
5) tumis bahan yg telah di blend mengunakan unsalt butter
6) rebus daging cincang
7) masukkan bahan yg ditumis bersama rebusan daging cincang.
8) masukkan cheese dan mommies boleh masukkan susu EBM juga.
9) done~bolehlah letak sos bersama macaroni yg telah siap direbus. mmg delicious wpun nampak tak sedap dan cair .papa dia pun makan sesama. 



Since syameena 1st time makan makanan tanpa blend, so mama buat sos cair. if mommies nak buat pekat boleh. hanya asingkan daging cincang dari rebusan dan masukkan bersama bahan2 yg ditumis.

Selamat mencuba :)