Saturday 25 October 2014

Rusk for baby

hello mommies,

Semalam petang mama tak rajin nak masak untuk syameena. So mama decide nak suruh syameena try rusk tapi actually cari brand heinz tapi tak ada. try la rusk brand milna.

Rusk juga dapat membantu pertumbuhan gigi. Since syameena masih belom ada gigi mama nak try la.

Cara membuat senang ambil 2 keping rusk dicampurkan dengan susu/hot water secukupnya.

Unfortunately, syameena tak suka. rupanya bila mama rasa manis to the max! mama dan syameena memang tak suka manis. adoi, bagi papa la makan smpai habis jawabnya :p


bubur kentang + ikan tenggiri

Salam mommies,

New menu for sunday! 

Bahan-Bahan:- beras + kentang + ikan tenggiri + halia


Cara-Cara:


1) buang kulit halia + ketuk


2) rebuskan ikan tenggiri bersama halia (untuk m'hilangkan rasa hanyir ikan)

3) Sementara itu buang kulit kentang dan dipotong (xkisah besar mana)


4) masak bubur bersama-sama kentang yg telah dipotong


5) Asingkan tulang & isi ikan


6) blendkan isi ikan bersama2 bubur kentang




tak ambil gambar bahan-bahan sebab now ada kat rumah mil :p segan pula nak snap

Ok selamat mencuba


bubur ikan bilis & brokoli

Hi mommies,

Happy weekend! Semalam mama came out with a new menu for syameena..bubur ikan bilis bersama brokoli.

Bahan-Bahan: Beras + brokoli + ikan bilis

Cara-Cara:

1) rendamkan ikan bilis terlebih dahulu supaya ia menjadi lembut

2) sementara itu stimkan brokoli 

3) kemudian sediakan bubur + dicampurkan ikan bilis yg telah direndamkan. mommies juga boleh mengorengkan ikan bilis tnpa minyak. kemudian dicampurkan bersama bubur

4) kemudian blendkan kesemua bahan (bubur+ikan bilis + brokoli)






muka 1st time makan menu baru. but she really like it :D

Selamat mencuba :D





Wednesday 22 October 2014

Breast pump ohhh breast pump



Hi  mommies,

Today mama nak share breast pump yg pnh mama guna. bunyi mcm banyakkan? tp tak pun since baru sorang anak..heee

Before bersalin mama dah ready dah beli breast pump. bajet mcm byk susu. rupanya.......ohh no! xada rezeki for syameena. wpun skit mama tetap nak pump janji syameena dpt merasa keenakkannya :p

So, before bersalin mama gi expo dan beli "Autumnz Ultimate double electric breast pump". mama tak pernah review tapi main beli je since banyak benda dpt + mmg nak beli double pump supaya tak bazir masa nak pump one by one. total RM480 mama dpt:

1) breast pump
2) cooler bag
3) breast milk bottles
4) baby blanket
5) breast pad (washable)

Kelebihan breast pump ni dia boleh pakai manual jugak.

Ni 1st breast pump yg mama pakai. tp beberapa kali pakai getah banyak tercabut dan longgar. some more bila pump mesti nak kena tekan kepala pump tue sebab getah dah loose. Plus, plug dia pun longgar. tambahan pula, sound dia kuat sgt. smpi setiap kali pump syameena mesti bangun :'( So mama slalu xada masa nak pump.






Disebabkan banyak sangat kekurangan pump ni, mama decide nak cari pump lain. kali ni mama baca review. Ramai cakap snow bear antara yg terbaik and worth it! mama tak mampu nak beli madela. dapat beli lebih kurang madela jadilah janji terbaik! for mommies info, kali ni mama beli single breast pump sbb tak guna pun double pump sbb susah gak nak handle both tgn. Harga snowbear advance breast pump ni rm179 :D..murahkan?

kelebihan breastpump ni:

1) mudah dicuci
2) bunyi tak kuat
3) tak sakit tapi hasil memberansangkan
4) ada 3 level of frequency mode
5) boleh fix dengan milk bottle storage memana je
6) boleh pakai battery + electric
7) compact dan mudah dibawa



Now, mama dah simpan breast pump ni sebab susu dah kering sejak syameena sakit. tak ada rezeki tp rasa frust sangat. in sha allah next baby ada banyak. ameen~

Okay mommies. mama nak sambung keja.. wsalam :D



Monday 20 October 2014

baby photoshoot by ellies photography

Salam all mommies,

Last Saturday, mama plan buat outdoor photoshoot. tp my model "syameena" no mood. so dpt sikit je gambar :( .. xpelah plan another day okay sayang.






Pada mommies yang nak ambil gambar with baby, bolehlah sms/call/wassap mama syameena 018-210 1236 for a booking and quotation :D

Bubye~

mash potato recipe for baby

Hi mommies..

lama gak tak blogging ni. biasalah sibuk weekend with my baby.. Sbtu lepas syameena, mama and papa buat family photoshoot dekat putrajaya. nanti ada masa mama upload hasil ye. 

Walaupun activity padat weekend lepas, mama tetap memikirkan menu baru untuk syameena. sebelum ni nasi bubur je. Since mama rajin smlm mama nak buat 2 menu

1) Bubur + sup ayam

Bahan2:- beras + isi ayam + daun sup

Cara membuat: 

a) masak bubur spt biasa
b) rebus ayam dalam 30minutes supaya rasa ayam jatuh pada air. Then barulah letak daun sup (its her fav!)
c) tadaaa siap dah. boleh la dimakan bersm bubur nasi~


2) Mash potato

Bahan:- Kentang + mentega + cheese + kurma + isi ayam/pati ayam

a) potong kentang (potong 2) supaya cepat lembut dan masak (xperlu buang kulit)
b) rebuskan kentang sehingga lembut
c) sementara menunggu kentang lembut bolehlah mbuat gravy. since mama xsuka nak bg syameena MSG (pati ayam). mama menggunakan dgg ayam untuk mendptkan rs ayam. Rebuskan isi ayam sehingga lembut dan rsnya jatuh pd air.
d) kemudian masukkan kurma dan lenyek kurma apabila sudah lembut. selepas itu bolehlah mengasingkan ayam yg berketul2/blend kan gravy sebab baby xboleh nak mamam ayam ketulan lg. tadaa siap.
e) back to kentang, bila kentang dah lembut. keluar dan sejukkan sedikit supaya dpt mengupas kulitnya. kulitnya hanya boleh dikupas begitu shj krn sudah lembut :) 
f) selepas kulitnya dikupas, lenyekkan kentang menggunakan senduk/sudu bersama2 mentega + cheese.
g) tadaaa siap dah~

p/s: jika baby masih kecil bolehlah blend kentang + gravy supaya sng dimakan dan dihadam. jangan lupa makan di selang selikan dgn air msak supaya x tercekik/tersedak kerana kentang agak likat.





Selamat mencuba mommies :D

Thursday 9 October 2014

4D ultrasound scan murah dan terbaik

Salam semua,

Masa pregnant syameena, mama check up dekat UMRA medical centre shah alam. Its quite cheap & reasonable. harga maternity check up dalam RM70 - RM90. Stiap kali check up mesti 2D scan. setiap bulan la mesti skodeng syameena..heee.. sampai syameena 6months (if i am not mistaken) mama skodeng pki 4D ultrasound. hanya RM180 je dekat UMRA. Murahkan? some more, bila scan if xnmpk gender/muka pakar ultrasound tue mesti akan usik syameena smpi nmpk. Based on my sister experience, kat K**C drg hanya scan mcm tue je and end up xnmpk muka dan gender. rugikan bayar mahal2. so, mama prefer go to UMRA. xpyh make an appointment. Sabtu/Ahad dtg je walk in :D

8months pun mama skodeng syameena skali lagi pakai 4D ultrasound sbb nak confirm betul gender syameena. tadaaaaaa~ its a girl! Dr Rafi (owner UMRA) cakap if keluar boy bgtau dia akan pay back..heee~ syukran al-jazilan. keluar mmg btl gurgirl :D 




Baby's check up :D

Hi mommies..Its Friday. wehoooooo... 2 hours lunch time..

Today mama nak share pengalaman check up baby. Previously, syameena check up kat UMRA Medical Centre sbb dia lahir pun kat situ. Not bad la harga. If tak ada ubat & injection dalam RM50..Tapi DR. Jxxxx amat lah kerek. smpi 6months syameena check up situ.

Nak jadikan cerita syameena jatuh sakit selepas 1st time makan solid food. bawak ke UMRA pg tue. Dr Jxxx ckp xada apa lah. xsakit pun. Then ptg tue makin kuat pernafasan dia. mlm tue bwk balik ke UMRA pun ckp xada apa. Tp mama berdegil ckp nak admit. UMRA ckp xbole sbb dia xcover insurance for my baby and blah blah blah. mama suruh dia tulis surat ckp emergency case + nak kena admit. sampai kat cashier, one of receptionist yg baik hati call DR. Ranjit yg deliver syameena masa lahir. dia ckp syameena teruk n mmg ptt admit. DR Ranjit turun dan check syameena. Tetb dia pggl asst. utk prepare neb. + steroid. xcually syameena dah critical. pdhl dctr sblm ni ckp okay. dia neb. syameena 2x dah suruh gi ke hospital plg dekat dlm masa 30minit sbb UMRA xada alat canggih n syameena mgkn akan give up untuk bernafas. vrooommmm go to COLUMBIA PUCHONG and wpun berbekalkan surat emergency, columbia xnak amik syameena atas alsn xada wad! omg!ptt amik tindakan dl atau sediakan ambulance utk syameena. disbbkan kami ada 10minit lg..kami bergegas ke SIME DARBY. alhamdulillah drg trs check syameena n suruh papa register dl.cpt btl tindakan mrk. dctr check byk kali sbb kemgknan syameena kena masuk icu.. neb 2 kali. kali ke 2 o2 + heartbeat dia semakin ok. then syameena admitted mlm tue. drg monitor syameena every 2 hours.


How's their service?
1) Setiap 2 jam nurse akan dtg dan check + neb syameena. neb mama xperlu buat. nurse akan buatkan.
2) mandi pun nurse tolong mandikan.pggl je nurse. tau2 syameena dah siap pki baju n wangi sungguh :D
3) makanan for baby pun yg blended. sesuai dan boleh dimakan syameena. fyi, K*MC sediakan bubur yg x blend! (my sister experience-request pun tetap bagi bubur x blend)
4) bagi ubat pun nurse buatkan
5) mama nak gi toilet dan syameena tak ada org jaga pun. nurse tlg jagakan syameena.

Conclusion, nurse SIME DARBY very helpful.After 4 days syameena dpt discharge. syameena kena follow up after 2 weeks.

Masa follow up DR. Angelina siap tnya now syameena boleh buat apa? dia nak tgk perkembangan syameena. dia tnya syameena pndi pgg brg x? then bila pgg tue dia ada x pass ke tgn lg 1? mcm2 la.FYI, UMRA xpnh tnya apa yg syameena pndi buat tau! dia just tgk temperature, amik berat, amik ketinggian. then consult ckp anak okay. perkembangan pun masih dlm graf! tue je????????????

So, wpun sime darby agak mahal tp mama rasa lps ni mama nak follow up kat sime darby. lgpun dekat ngan rumah. tp for mommies info, sime darby mcm hospital kerajaan. tunggu lama! almost 4-5 hours~heee...ni menujukkan rmi mommies suka service dctr kat situ~


UMRA bgs sgt untuk check up masa preggy + masih deliver. mama suka sgt2 check up sana masa preggy.best n detail. jahitan masa bersalin pun kemas. masa delivery pun very smooth + relax + professional. I love DR Ranjit. wpun dia garang tp she is so professional + loving.  tp for babies x prefer ke sana la..sbb dia x advice secara details.Dr. Ranjit yg pakar bersalin tue lg power dr pakar kanak2 dia.heeeee...

okay la nak lunch.Happy weekend to all mommies :D


Wednesday 8 October 2014

my first meal on 6 months old

Salam to all mommies,

Doctor advice syameena boleh makan solid food mulai 6 bulan. Yeah mama so damn excited. Google2 n buat analysis. Disebabkan mama lom prepare perkakas spt blender and steamer, mama decide nk bg banana pureen sbb senang.. xpyh blend apa sume. Cara membuatnya..

How to prepare banana puree: 

1) buang kulit banana
2) potong kecil2 supaya senang nak lenyek
3) campur dengan susu ibu / ebm/ formula
4) tadaaaa siap boleh dimakan

As usual, kena praktikkan 4 days rules. So mulai hari ini syameena akan makan banana 1 hari sekali hingga hari ke-4 untuk monitor dia alergic banana tak. Ternyata syameena alergic! today makan,malam tue syameena hilang suara. admitted 4days and 3 nights due to bronchitis. neb every 2 hours. almost go to ICU! sorry sayang..mama xtahu awk alergic smpi begitu rupa :(



For mommies info, banana actually tak sesuai untuk permulaan krn proteinnya yg tinggi. please start with apple puree or porridge. Ada certain org cakap tak boleh mula ngan porridge sbb too heavy, but actually boleh je..Sime Darby Medical Centre hari2 hidangkan porridge (ikan, ayam, sayur) untuk syameena. Syameena makin recover je. syukran al-jazilan :)



How to prepare apple puree:

1) buang kulit apple
2) potong apple kecil2 dan buang bijinya
3)  steam kan dlm steamer (elak merebus krn nutrisinya akan hilang)
4) Lenyekkan jika sudah lembut atau blend
5) boleh dicampurkan dgn susu ibu/ebm/formula

How to prepare porridge:

1) Ambil beberapa sudu beras dan basuh.
2) Letak seberapa byk air yg anda rasa sesuai untuk dijadikan bubur (jgn bubur menjadi nasi ye :p)
3) tak perlu ditambahkan garam. xcually bukan apa..xnak biasakan anak ngan makanan masin.nnti dia tamo mknan tawar. kat hospital letak je garam skit.
4) bila da masak.sejukkan dulu bubur bg suam2.
5) blend bubur



Selamat mencuba to all mommies out there :D






Tuesday 7 October 2014

Anmum vs Enfalac A+

Hi mommies,

Stock susu anmum syameena dah nak habis. today tetiba rasa confius nak beli susu enfalac a+ atau anmum. 
Sebab 6months and below syameena minum susu enfalac a+ then mama change to anmum step 2 bila perasan syameena mcm kurang susu..rupa2nya syameena tak selera sbb sakit. di sebabkan dah beli anmum teruskn jelah ngan anmum masa kat hospital. bila try anmum dan pada masa tue syameena semakin recover dia mcm suka sgt2 minum susu. cakap ngan nurse syameena mcm suka susu anmum berbanding enfalac a+. Nurse jawab "susu anmum manis sikit tue la baby suka"..yelah mmg manis berbanding enfalac a+ yg tak rasa gula langsung. enfalac bau + rasa mcm vegetable. mmg pttlah syameena xsuka enfalac a+ sbb rasa vege. anak mama sggh xsuka vege.heee..disebabkan syameena suka mama terusknlah ngan anmum. 

Pernah tnya advice doctor susu mana yg terbaik. doctor jawab "semua susu sama tak kira mahal atau murah". mama mcm tak setuju ngan apa yg doctor cakap sbb mana mungkin sama sbb terang2 harganya berbeza jauh. For mommies info, susu yg mahal lebih kandungannya berbanding susu murah. mggu lepas mama ada buat analysis perbandingan antara anmum step 2 dan enfalac a+.Hasil analysis, Enfalac a+ lebih byk kandungannya berbanding anmum. 



So, mama decide untuk bagi syameena minum enfalac a+ balik. walaupun mahal berbanding anmum takpelah demi anak mama sggp membelinya since mama tak dapat supply susu berkhasiat untuk syameena. Plus, susu enfalac a+ boleh tahan lama. Imagine, smlm mama terbagi minum susu pagi yg lbh dr 10jam. bila mama bau mmg xberbau. if anmum dah bau kuat dah. alhamdulillah syameena tak sakit perut. tue lah kelebihan susu mahal.heeee.. 

So to all mommies, disini mama nak menekankan bahawa segala keputusan pemilihan susu bergantung pada individu. tak kira susu murah atau mahal. kandungannya lebih kurang sama cuma yg mahal kandungannya lebih berbanding yg murah. Dekat Umra hospital, mereka memberikan susu enfalac pada newborn dan di KPMC memberikan susu anmum pd newborn. ini bermakna, dua-dua jenis susu adlh bagus cuma berbeza dari segi kandungan dan harga. :D